"It's not whether you get knocked down. It's whether you get up again"
Vince Lombardi
Hari ni hari yang ke 8 aku berpuasa. Kalau diikutkan, sudah habis semua kuganti. Alhamdulillah. Tetapi mengingatkan cabaran hari-hari yang akan datang, ku ingin terus berpuasa, untuk menenangkan diriku ini dari perasaan marah dan sakit hati.
Kerajaan dimana aku makan gaji telah mengumumkan sesuatu yang amat membuat ku sakit hati. Entahlah, aku pun tak paham. Tidak ada apa lagi yang membuatkan aku teruja untuk bekerja disini kecuali yang satu ini.
Akan tetapi, itu pun sudah ditukar prosedurnya, dengan alasan - semua orang dah naik lemak.
Hmm...aku tau, semua orang disini bukan bermaksud 'semua' tetapi kebanyakan. Disebabkan nila setitik, susu sebelanga di buang ke tanah- rosak!
Entahlah, aku rasa dah kecik hati, dah patah hati.
Rasa tiada motivasi untuk pergi ke pejabat lagi.
Jika ku pergi pun, cuma untuk memenuhi permintaan kontrak yang dah ku sain 2 tahun lepas.
Cuma untuk memenuhi niat untuk bekerja dan mencari rezeki secara ikhlas.
Untuk mendapatkan duit bagi membayar rumah dan kereta ku.
Tapi tak lagi beria-ia dan berkobar-kobar.
Rasanya aku sekarang dah jadi salah seorang yang berkerja cuma untuk makan gaji.
Cukup.Tidak lebih dari itu.
Aku pun tak tahu apa nak jadi tahun depan.
Hingga kini, aku cuma boleh merancang dan berharap
setakat yang terdaya
tapi tidak sampai berharap hingga mengorbankan hati aku lagi.
Maaf kan aku jika ada yang terasa aku tidak se 'bersemangat' seperti dulu
Keadaan memaksaku menjadi begini.
Aku dah penat.
Penat cakap dengan orang yang tak paham bahasa.
Nilah masalahnya bila ada orang yang berpenyakit SBH - (sindrom bont*t hitam-tak sedar asal diri sendiri)
p/s: bagus juga berpuasa. dapat ku jimat sikit perbelanjaan.



No comments:
Post a Comment